Friday, December 25, 2009

Sekolah dah nak mula....

Tinggal seminggu je lagi sekolah akan bermula. Macam-macam perkara yang bermain dalam kepala 2-3 hari ni. Mana taknya semua guru prasekolah tengah gelisah sekarang ni memikirkan bagaimana nak menghadapi kspk yang akan dilaksanakan pada tahun depan. Mujurlah saya mengenali beberapa rakan guru prasekolah secara online yang dapat mengurangkan sedikit rasa gelisah ni. Terima kasih banyak-banyak kak g..jasamu dikenang...

Taklimat prasekolah akan diadakan esok. Bermakna banyak perkara yang perlu saya uruskan sebelum sesi persekolahan bermula. Alhamdulillah dengan bantuan rakan guru dan pembantu dapat juga mengurangkan sedikit beban. Dalam minggu terakhir ini saya perlu menyiapkan beberapa perkara di kelas saya yang agak lama saya tinggalkan. Tahun ni saya tidak dapat meluangkan masa cuti sekolah di kelas kerana ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tapi Insyaallah dalam masa seminggu ini saya akan cuba luangkan masa sebanyak mungkin untuk membuat perubahan di dalam kelas walaupun sedikit.

Sebenarnya saya bercadang untuk melukis mural di dinding di luar kelas tapi masa tidak mengizinkan. Apa yang penting saya perlu siapkan dahulu di dalam kelas supaya lebih ceria barulah saya fikirkan yang diluar kelas pula. Susah juga menjadi guru prasekolah ni ye. Bukan setakat mengajar sahaja. Semua perkara yang berkait dengan prasekolah termasuk bangunannya sekali kena ambil kira. Kaidang-kadang bila difikirkan bagaimana nak menceriakan kelas saya terus jadi pening. Saya kurang mahir dalam bidang pengurusan dan keceriaan kelas. Selalunya saya akan buka internet dan cuba cari gambar-gambar kelas prasekolah yang lain dan cuba buat sedikit perubahan dengan apa yang saya cedok. Maaf la saya ni tak pandai nak reka sendiri..hehehe...

Anyway, nanti bila dah siap perubahan yang saya buat dalam kelas insyaAllah saya tampal kat sini. manalah tahu kan ada yang nak cedok ke nanti. ...:P

No comments: