Thursday, February 5, 2009

KURIKULUM KHAS PINTAR AL-QURAN PRASEKOLAH

PENGENALAN
Kurikulum Khas Pintar Quran Prasekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu merupakan satu usaha yang murni untuk melahirkan murid - murid yang dapat menguasai pembacaan Al-Quran sehinggai khatam pada peringakt prasekolah. Usaha ini adalah selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.



Perlaksanaan Kurikulum Khas ini bermula pada sesi persekolahan Januari 2009 dengan mensasarkan semua murid prasekolah di bawah kendalian Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.


-----------------------------------------******----------------------------------------

PPQ merupakan satu program murni yang diwujudkan untuk memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak prasekolah tentang bacaan Al-Quran. Program ini dilaksanakan di semua kelas prasekolah seluruh Terengganu mulai Januari 2009.

Kelas saya telah pun memulakan kelas PPQ ini pada awal Januari lepas. Pelaksanaannya agak sukar dijalankan memandangkan pada masa itu murid-murid baru prasekolah masih belum dapat menerima situasi kelas dan ada yang masih menangis. Saya mengambil inisiatif untuk membuat penilaian melalui bacaan Iqra' bagi setiap murid. Murid-murid ditanya tentang bacaan dalam Iqra' dan disitu saya dapat menganalisis kemampuan murid-murid saya. Kelas PPQ ini dilaksanakan setiap hari pada waktu pagi sebelum P&P. Saya dibantu oleh seorang ustazah dan pembantu pengurusan murid.

Selepas sebulan kelas PPQ ini dijalankan, saya dapati murid-murid baru agak lambat menerima dan menguasai setiap bacaan Iqra' disebabkan faktor-faktor seperti tidak mengenal huruf, tidak pernah membaca Iqra' dan kurang bimbingan ibubapa dirumah. Ada juga murid yang masih membaca mukasurat pertama Iqra' dari hari pertama persekolahan hingga sekarang. Saya cuba membimbing murid-murid ini tetapi mereka sukar menerima. Mungkin murid ini agak terkejut kerana mereka terpaksa belajar mengaji tanpa mengenal huruf.

Pada minggu pertama perlaksanaan kelas PPQ, saya dapati murid kurang menerima setiap perkara yang diajar. Setiap hari mengaji dan hanya waktu Pendidikan Islam sahaja diberi pendedahan setiap huruf dan bacaan. Saya berbincang dengan penyelaras dan meminta diadakan perbincangan dengan usrazah-ustazah yang mengajar murid-murid ini. Ada 5 orang ustazah yang terlibat dan mereka masuk ke kelas PPQ mengikut jadual. Jadi setiap hari ustazah yang berlainan akan masuk mengajar.

Perbincangan diadakan dan memang terdapat banyak masalah. Mereka mengatakan murid-murid ini sukar menerima pengajaran tanpa pendedahan tetang bacaan dan huruf. mereka juga mencadangkan supaya murid-murid diagihkan kepada kumpulan mengikut tahap pencapaian mereka. Murid-murid yang lemah diberikan penekanan dengan membuat kad imbas untuk ditampal pada meja murid tersebut. Murid yang mempunyai pencapaian yang baik juga ditekankan cara bacaan yang betul.

Apabila kelas PPQ ini dilaksanakan pada tahun ini jadual kelas telah berubah. Ini agak memeningkan saya untuk memuatkan semua P&P dalam seminggu supaya mencukupi. Kelas PPQ bermula pada jam 7.45 pagi hingga 8.45 pagi dan selepas itu kelas P&P dijalanakan seperti biasa sehingga jam 12.15. Penatnya tahun ni. Tiada rehat dari pagi sehingga jam 12.15 tengahari. Perkembangan Fizikal juga terpaksa dilaksanakan pada jam 10.45 pagi iaitu selepas rehat. Kadang-kadang saya agak kasihan dengan murid-murid kerana tidak dapat melakukan aktiviti luar kelas kerana cuaca panas. Walaubagaimanapun, saya akan menukar jadual di mana selepas kelas PPQ,saya jalankan aktiviti Perkembangan Fizikal dan selepas rehat diganti dengan Perbualan Pagi untuk memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti luar kelas.

Sebenarnya kelas PPQ ini memberi peluang kepada kanak-kanak ini mengenal lebih awal tentang bacaan Al-Quran. Mereka diberi tunjuk ajar tentang cara membaca Al-Quran dengan betul dan boleh mengkhatam Al-Quran diawal usia 6 tahun. Saya harap program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan murid-murid yang akan terhasil dari program ini adalah berkualiti. Saya sebagai guru prasekolah akan cuba sedaya upaya untuk membimbing murid-murid ini walaupun saya masih perlu belajar lagi tentang bacaan Al-Quran. Sekurang-kurangnya saya juga boleh sama-sama belajar dengan mereka.

No comments: