Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengajar murid - murid bagi sesi perbualan pagi. Sesi ini bagi saya amat penting kerana ia seperti satu set induksi untuk kita memulakan pengajaran kita. Pada mulanya agak sukar untuk saya mengawal keadaan murid kerana pada sesi ini mereka akan berkumpul dan duduk bersama saya dan mendengar apa yang akan saya sampaikan. Tak dinafikan memang ada di antara mereka yang tidak memeberikan tumpuan. Saya cuba mencari jalan untuk menjadikan sesi ini menarik dan apa yang saya ingin ajar sampai pada mereka.
Apa yang saya lakukan ialah saya kurangkan bercakap dan cuba memberikan soalan kepada mereka sama ada memberikan jawapan ataupun pendapat. Memang seronok jika kita cuba mendengar apa yang mereka sampaikan. Ada yang logik dan ada yang memberikan pendapat yang bernas. Bila sesi soaljawab memang ramai yang berebut mengangkat tangan dan masing - masing bangun dan cuba bergerak ke depan sambil membuat bising. Keadaan ini agak tidak terkawal. Saya fikir dan cuba cari jalan untuk membuatkan mereka dapat memberikan kerjasama. Apa yang saya buat ialah saya pastikan mereka berada dalam keadaan diam dan duduk sebelum saya mulakan soalan dan saya tidak meminta mereka mengangkat tangan tapi saya minta mereka dengar arahan saya dengan teliti dan memberikan respon dengan pantas.
Contohnya, saya akan kata siapa yang nak jawab soalan cikgu kena pegang hidung. Ramai yang cepat-cepat pegang hidung dan keadaan ini dapat dikawal dan kelas pun senyap..hehe..Itu idea yang pertama bagi saya yang berjaya saya laksanakan dari tahun lepas hingga sekarang. Langkah ini dapat memupuk kemahiran mendengar dengan teliti di samping mereka mengenal anggota badan dan sebagainya. Saya juga menggunakan arah seperti siapa nak jawab kena tengok atas,bawah, kanan dan kiri. Dengan cara ini mereka cepat mengenal arah. Apa yang paling menyeronokkan apabila tengok keadaan mereka ketika saya meminta mereka mengangkat kaki. Ada yang sampai jatuh terguling sebab nak cepat-cepat angkat kaki.
1 comment:
sgt2 menarik...
Post a Comment