Hari pertama persekolahan agak kelam kabut. Ini kerana guru kelas pra Nur Ilmi 1 cuti sakit. Jadi saat-saat akhir kena tukar plan la. Nasib baik ada guru ganti dari kelas pemulihan. Hari pertama persekolahan, pra Nur Ilmi 1 dan 2 terpaksa digabung. Kesemua murid yang berdaftar seramai 47 orang hadir pada hari tersebut. Agak pening juga saya dan guru ganti melayan kerenah murid - murid baru ni. Ada yang sampai depan pintu kelas je terus menangis tak nak masuk kelas. Kami terpaksa memujuk dan meminta ibubapa membawa mereka masuk ke kelas.Saya menyediakan beberapa jenis alat mainan untuk memberi keselesaan kepada murid - murid. Kebanyakkan mereka dapat menyesuaikan diri. Tapi ada juga yang tak makan dek pujuk. Saya dan guru ganti bersama pembantu berusaha memujuk 3 orang murid yang menangis.
Murid yang pertama - Murid ini berumur 6 tahun. Murid ini terpaksa di pegang kerana menangis dan cuba lari keluar kelas. Apabila di pujuk dia cuba menendang pintu dan menjerit. Saya agak terkejut kerana tahun lepas tiada murid yang menangis sampai menendang pintu. Hampir sejam dia menangis dan guru ganti tersebut cuba memujuk dan akhirnya dia diam. Agaknya penat menangis.
Murid kedua - Murid ini berumur 5 tahun . Murid ini pun sama juga. Dari mula-mula hadir sampai lebih kurang pukul 11.30 murid ini menangis tanpa henti. Saya cuba memujuk tapi gagal. Saya kurang pengalaman dalam bab memujuk..huhu...Tanpa saya sedari murid ini tertidur. Penat menangis terlalu lama.
Murid ketiga - Murid ini juga berumur 5 tahun. Pada awal kelas murid ini tidak menangis. Elok sahaja bermain dengan alat mainan. Tapi sampai satu ketika murid ini tiba-tiba menangis. Saya perhatikan murid ini hanya bermain alat mainan sendirian tanpa menegur rakan - rakan disekelilingnya. Selepas puas bermain murid ini hanya diam sahaja tanpa bergerak ke mana - mana. Mungkin kerana kurang selesa dan rasa tidak selamat murid ini mula menangis dan memanggil ibunya. Murid ini juga tertidur ketika kelas hampir pukul 12 tengahari.
Ini adalah pengalaman kedua saya menghadapi murid - murid baru. Saya harap tahun hadapan saya dapat mengatasimya dengan baik. Saya hanya sempat mengambil beberapa gambar murid - murid baru. Tapi saya tak dapat nak upload kat sini. Ada masalah sikit ngan server.
No comments:
Post a Comment