Persekolahan tak lama lagi nak mula dah. Rasa berdebar tetap ada walaupun dah hampir 2 tahun saya mengajar. Maklumlah belum cukup pengalaman lagi nak menghadapi kanak-kanak yang bakal mengundang banyak kerenah nanti. Minggu pertama persekolahan ni la yang paling mencabar bagi saya. Tahun lepas ada 2 kanak- kanak yang hampir setiap hari menangis di kelas. Pening saya dibuatnya. Tapi inilah dinamakan cabaran kan. Tahun 2009 ni pulak tak tahulah apa yang akan akan berlaku nanti. Harap-harap tak ada masalah.
Sekolah saya yang mempunyai 2 kelas prasekolah ini memang akan jadi tumpuan ada hari pertama. Ibubapa akan menghantar anak-anak mereka ke kelas. Ada yang terus balik dan ada juga yang akan menunggu untuk melihat macam mana keadaan anak-anak mereka. Saya kurang suka keadaan macam tu sebab ini akan mengganggu perhatian anak-anak mereka. Tapi ada baiknya juga kalau ada yang buang air besar ibubapa mereka boleh basuhkan..hehe..tapi apa pun semua tu akan jadi satu kenangan bila tiba hari terakhir persekolahan. Kebanyakkan murid yang menangis nilah yang akan menjadi penyeri kelas sebenarnya. Mereka lebih menonjol berbanding yang lain.
Tahun ini juga akan bermula Program Pintar Quran bagi murid prasekolah di seluruh negeri Terengganu.Program ini akan dijalankan pada waktu pagi setiap hari di kelas. Jadi pada tahun ini berlaku sedkit perubahan pada jadual kelas di mana waktu pembelajaran ditambah 1 jam. Kelas akan bermula jam 7.45 pagi dan berakhir jam 12.15 tengahari. Program Pintar Quran ini dijalankan dengan kerjasama guru-guru agama untuk melatih murid membaca dari Iqra' hinggalah mereka dapat membaca Al-Quran.Saya juga tidak tekecuali dari menjadi tenaga pengajar. Muurid-murid yang dapat mebaca Al-Quran akan mengikuti majlis Khatam Quran seluruh negeri Terengganu insyaallah pada bulan Ogos nanti.
No comments:
Post a Comment