Thursday, October 1, 2009

Pertandingan Permainan Pasir

Semalam saya menerima surat daripada PPD berkenaan pertandingan pasir yang akan diadakan pada isnin ini iaitu 5 Oktober ini. Ini merupakan kali pertama sekolah saya menyertai acara tersebut. Jadi saya perlu mencari bahan dan alatan. Kebetulan pada pada minggu yang sama juga prasekolah Nur Ilmi akan mengadakan Majlis Hari Lahir. Banyak persiapan yang perlu dilakukan. Pada minggu yang sama juga saya telah dimaklumkan oleh guru besar bahawa prasekolah sekolah saya terpilih untuk Program Anti Dadah Kebangsaan yang akan diadakan pada hari Sabtu 10 Oktober ini. Jadi minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk sekali. Kertas kerja sudah disiapkan cuma tunggu perlaksanaan program sahaja.

Hari ini saya cuba mencari bahan untuk aktiviti mewarna kanak-kanak bagi program Anti Dadah nanti. Malangnya saya tidak temui bahan yang sesuai. Saya harap saya akan menemui satu gambar yang kena dengan tema program teresebut.

Bagi pertandingan permainan pasir pula, saya pun sedang mencari contoh-contoh dan cara-cara untuk membina istana pasir. Saya yang tidak mepunyai pengalaman dalam permainan ini perlu membuat persediaan untuk kanak-kanak prasekolah saya untuk dilatih nanti. Banyaknya perkara yang perlu saya buat...huhu..,kalau ada pembaca blog saya ni ada pengalaman atau bahan untuk kongsi dengan saya boleh emelkan ke afniza82@yahoo.com.

1 comment:

sharifah aisyah al-idrus... said...

salam..cikgu afniza..sy guru pelatih yg bakl mjalani praktikal pd awal thun hdpan..sy ingin mendptkan beberapa tips dr cikgu untuk permainan pasir untk kanak2 pra sekolah..cikgu bleh emelkan pada sy luisa_nurul@yahoo.com..sekian.terima kasih..