Thursday, November 20, 2008

Rancangan Cuti Sekolah...

Sejak saya mengikuti kursus KPLI- LPBS (Prasekolah) pada bulan Mac tahun lepas, saya tak ada cuti. Masa sekolah kena mengajar tanpa cuti rehat dan masa cuti sekolah kena masuk IPPM. Masa kursus tula cuti saya. Sekurang-kurangnya saya adalah masa untuk berjalan-jalan kat Melaka waktu hujung minggu. Walaupun cuma setahun setengah saya berulang alik dari Terengganu ke Melaka tapi banyak juga la kenangan kat sana. Yang paling saya tak lupa, sesat dari Mahkota Parade nak balik ke IPPM. Pertama kali saya drive kat sana, saya sesat sampai ke Masjid Tanah..hehehe..macam mana la boleh sampai ke situ. Setiap kali cari jalan balik ke maktab mesti akan sesat sebab jalan kat sana banyak jalan sehala. Jadi selalu silap jalan. Tapi sebenarnya seronok juga. Sekurang-kurangnya saya kenal tempat orang.

Cuti yang panjang ni banyak perancangan yang nak saya buat tapi belum draf betul-betul. Dalam kepala ni macam-macam perancangan yang saya nak buat. InsyaAllah, harapnya semua berjalan dengan lancar. Maklum la saya ni orang baru dalam bidang pendidikan prasekolah. Jadi saya kena banyak belajar dan teroka.

ok..di sini saya senaraikan perancangan saya :

  1. Mengumpul semua bahan bantu mengajar dan bahan aktiviti untuk tahun depan. kemudian klasifikasikan mengikut tema dan komponen.
  2. Mencetak dan masukkan semua bahan dalam fail mengikut klasifikasi.
  3. Mengubah kedudukan ruang kelas. (saya pening fikirkan macam mana nak urus ruang..ada yang boleh tolong?)
  4. Menampal bahan bantu mengajar pada dinding. kelas saya terlalu sikit bahan yang ditampal. di sini saya perlukan bahan dan contoh yang boleh saya jadikan panduan.
  5. Menyediakan satu senarai semak murid untuk dinilai pada tahun hadapan. saya nak sediakan satu senarai yang sistematik setiap 3 bulan supaya saya dapat menilai murid saya dari masa ke semasa.
  6. Meyediakan satu senarai semak untuk aktiviti 'cuba jaya'. Maksudnya satu senarai tentang idea aktiviti untuk murid. Jika murid berminat dan dapat mencapai objektif, aktiviti itu akan dikekalkan.

Buat masa sekarang ini saya banyakkan masa untuk mencari bahan. harap semua dapat dilaksanakan. InsyaAllah.

2 comments:

Fauziah said...

salam. bnyk betul perancangan tu. cd akak dah dicetak semuanya ke? pasni buat dlm bentuk dokumentasi guna ring binding ke n lepas tu leh masukkan dlm kotak2 bahan rujukan guru.
akak tgh merancang nk buat set permainan. cuma masa je x izinkan sb sibuk dgn persiapan nota kuliah. bila kelas beres selepas 3/11 ni, nk buat meeting dgn parent. ada gak rancang nk melukis mural kat kelas. tp entahla sb sibuk nk siapkan majlis bertunang anak pula. hai ntah apa2 je la dlm kepala ni. itu ini nk buat.

Afniza Ahmad said...

tu ranangan je tu..tak tau bile leh stat buat..hehehe