Monday, November 3, 2008

Bengkel kurikulum Prasekolah Negeri Terengganu

Pada 28 - 31 Oktober lepas telah diadakan satu bengkel kurikulum Prasekolah untuk guru - guru prasekolah negeri Terengganu bagi daerah Kemaman dan Besut. Bengkel ini diadakan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. Ia bertujuan untuk menghasilkan satu buku panduan rancangan pengajaran harian prasekolah Negeri Terengganu. Sebelum ini kami banyak menbuat rujukan melalui buku - buku panduan dari negeri - negeri lain seperti Selangor dan Pulau Pinang. Pada tahun ini, Bahagian Kurikulum Prasekolah bercadang menghasilkan buku panduan yang dihasilkan oleh guru - guru prasekolah Negeri Terengganu sendiri. Bengkel ini dijalankan mengikut daerah dan bagi Daerah Kemaman dan Besut merupakan daerah yang terakhir mengikuti bengkel ini.








No comments: