Thursday, December 25, 2008
Wednesday, December 24, 2008
kelas pra nur ilmi 2008
kelas pra nur ilmi dari 2007 - 2008
Sbenarnya segan saya nak tunjuk gambar - gambar dalam kelas saya. Maklumlah baru mengajar prasekolah jadi kurang pengetahuan dalam pengurusan ruang. Saya memang kurang pandai dalam bab menghias dan menyusun. Ini adalah hasil kerja saya yang pertama sebelum diubah untuk tahun 2009. Sekarang saya dalam proses mengubahsuai persekitaran kelas saya. Saya banyak menimba pengalaman dari guru-guru di sekolah dan bantuan kak fauziah SKDUA serta mencari bahan-bahan di internet untuk menambah idea dalam menghias kelas.
Sekolah akan dibuka tak lama lagi jadi saya banyak menghabiskan masa 2 minggu ini di sekolah untuk mengecat semula kelas dan menampal lebih banyak bahan bantu mengajar. InsyaAllah bila sudah siap nanti saya akan paparkan di sini. boleh la bagi sedikit komen atau pandangan nanti yek.
Thursday, November 20, 2008
Rancangan Cuti Sekolah...
Cuti yang panjang ni banyak perancangan yang nak saya buat tapi belum draf betul-betul. Dalam kepala ni macam-macam perancangan yang saya nak buat. InsyaAllah, harapnya semua berjalan dengan lancar. Maklum la saya ni orang baru dalam bidang pendidikan prasekolah. Jadi saya kena banyak belajar dan teroka.
ok..di sini saya senaraikan perancangan saya :
- Mengumpul semua bahan bantu mengajar dan bahan aktiviti untuk tahun depan. kemudian klasifikasikan mengikut tema dan komponen.
- Mencetak dan masukkan semua bahan dalam fail mengikut klasifikasi.
- Mengubah kedudukan ruang kelas. (saya pening fikirkan macam mana nak urus ruang..ada yang boleh tolong?)
- Menampal bahan bantu mengajar pada dinding. kelas saya terlalu sikit bahan yang ditampal. di sini saya perlukan bahan dan contoh yang boleh saya jadikan panduan.
- Menyediakan satu senarai semak murid untuk dinilai pada tahun hadapan. saya nak sediakan satu senarai yang sistematik setiap 3 bulan supaya saya dapat menilai murid saya dari masa ke semasa.
- Meyediakan satu senarai semak untuk aktiviti 'cuba jaya'. Maksudnya satu senarai tentang idea aktiviti untuk murid. Jika murid berminat dan dapat mencapai objektif, aktiviti itu akan dikekalkan.
Buat masa sekarang ini saya banyakkan masa untuk mencari bahan. harap semua dapat dilaksanakan. InsyaAllah.
Saturday, November 15, 2008
Apa itu Prasekolah?
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
- Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
- Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
- Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
- Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
- Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
- Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
- Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
- Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.
VISI
"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"
MISI
Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.
Monday, November 10, 2008
Hari Anugerah & Graduasi Pra Nur Ilmi 2008
Monday, November 3, 2008
Bengkel kurikulum Prasekolah Negeri Terengganu
Tuesday, October 28, 2008
Selamat Datang ke Pra Nur Ilmi...
Anda sedang melayari blog Prasekolah yang dibangunkan oleh Cik Afniza Binti Ahmad. SK Rusila mempunyai 2 kelas prasekolah yang diberi nama Pra Nur Ilmi 1 dan Pra Nur Ilmi 2. Pra Nur Ilmi 1 telah mula ditubuhkan pada tahun 2006 manakala Pra Nur Ilmi 2 pula ditubuhkan pada Januari tahun 2007.
Bermula Januari 2007, guru yang ditugaskan untuk mengajar Pra Nur Ilmi 2 ialah Puan Fatimah Sham Yaacob iaitu Guru Pendidikan Agama Islam. Walau bagaimanapun, pada Mac 2007 Cik Afniza Binti Ahmad ditugaskan membantu Puan Fatimah Sham dalam mengajar murid-murid Pra Nur Ilmi yang pada masa itu seramai 24 orang. Pada masa itu, Cik Afniza merupakan guru pelatih / praktikal dari IPPM yang mengikuti kursus KPLI-LPBS (Prasekolah) selama setahun setengah.
Pada tahun 2008, Cik Afniza mengambil alih kelas Pra Nur Ilmi 2 sementara Puan Fatimah mengajar Pendidikan Islam di kelas tersebut. Seramai 25 orang murid telah mendaftar di kelas ini dan bermula di sini Cik Afniza memikul tanggungjawab yang besar memegang kelas Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Rusila.