Tuesday, October 28, 2008

Selamat Datang ke Pra Nur Ilmi...

Selamat Datang ke Pra Nur Ilmi Sekolah Kebangsaan Rusila...

Anda sedang melayari blog Prasekolah yang dibangunkan oleh Cik Afniza Binti Ahmad. SK Rusila mempunyai 2 kelas prasekolah yang diberi nama Pra Nur Ilmi 1 dan Pra Nur Ilmi 2. Pra Nur Ilmi 1 telah mula ditubuhkan pada tahun 2006 manakala Pra Nur Ilmi 2 pula ditubuhkan pada Januari tahun 2007.

Bermula Januari 2007, guru yang ditugaskan untuk mengajar Pra Nur Ilmi 2 ialah Puan Fatimah Sham Yaacob iaitu Guru Pendidikan Agama Islam. Walau bagaimanapun, pada Mac 2007 Cik Afniza Binti Ahmad ditugaskan membantu Puan Fatimah Sham dalam mengajar murid-murid Pra Nur Ilmi yang pada masa itu seramai 24 orang. Pada masa itu, Cik Afniza merupakan guru pelatih / praktikal dari IPPM yang mengikuti kursus KPLI-LPBS (Prasekolah) selama setahun setengah.

Pada tahun 2008, Cik Afniza mengambil alih kelas Pra Nur Ilmi 2 sementara Puan Fatimah mengajar Pendidikan Islam di kelas tersebut. Seramai 25 orang murid telah mendaftar di kelas ini dan bermula di sini Cik Afniza memikul tanggungjawab yang besar memegang kelas Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Rusila.