Saturday, February 20, 2010

Ondeh-ondeh..

Minggu lepas saya telah menyediakan satu aktiviti untuk murid-murid bagi tema Makanan. Saya telah merancang satu aktiviti menyediakan kuih ondeh-ondeh. Aktiviti ini saya muatkan dalam tunjang kemanusiaan di mana terdapat satu standard pembelajaran berkenaan tentang makanan tradisional di Malaysia.

Bahan-bahan untuk membuat Ondeh-ondeh ialah :

tepung beras
kapur masak
pewarna
gula melaka
kelapa parut
garam

Bagi menyediakan bahan-bahan bagi aktiviti ini saya telah meminta bantuan ppm saya untuk menguli dahulu tepung kepada 2 warna. Kemudiaannya tepung tersebut dibahagikan kepada murid-murid. Mula-mula murid-murid akan belajar kemahiran meramas dan menggentel. Ini kerana kemahiran ini amat penting untuk meningkatkan kemahiran mata-tangan mereka. kemudian murid-murid akan mengisi tepung tersebut dengan inti gula melaka yang telah dipotong kecil-kecil. Selepas itu, mereka akan memberikan ondeh-ondeh tersebut kepada ppm untuk dimasak. Apabila ondeh-ondeh tersebut masak murid-murid akan menggaulkan ondeh-ondeh tersebut didalam kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.

Saya rasa seronok melihat murid-murid saya sangat teruja melakukan aktiviti ini. Sampaikan keesokkannya ada murid yang meminta saya menyediakan lagi aktiviti ini untuk mereka...hehe..nanti jadi kelas masakan la pula. InsyaAllah ada masa lagi saya akan buat lagi aktiviti yang sebegini bagi menarik minat dan memberi keseronokan belajar kepada mereka.













No comments: