Friday, December 25, 2009

Sekolah dah nak mula....

Tinggal seminggu je lagi sekolah akan bermula. Macam-macam perkara yang bermain dalam kepala 2-3 hari ni. Mana taknya semua guru prasekolah tengah gelisah sekarang ni memikirkan bagaimana nak menghadapi kspk yang akan dilaksanakan pada tahun depan. Mujurlah saya mengenali beberapa rakan guru prasekolah secara online yang dapat mengurangkan sedikit rasa gelisah ni. Terima kasih banyak-banyak kak g..jasamu dikenang...

Taklimat prasekolah akan diadakan esok. Bermakna banyak perkara yang perlu saya uruskan sebelum sesi persekolahan bermula. Alhamdulillah dengan bantuan rakan guru dan pembantu dapat juga mengurangkan sedikit beban. Dalam minggu terakhir ini saya perlu menyiapkan beberapa perkara di kelas saya yang agak lama saya tinggalkan. Tahun ni saya tidak dapat meluangkan masa cuti sekolah di kelas kerana ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tapi Insyaallah dalam masa seminggu ini saya akan cuba luangkan masa sebanyak mungkin untuk membuat perubahan di dalam kelas walaupun sedikit.

Sebenarnya saya bercadang untuk melukis mural di dinding di luar kelas tapi masa tidak mengizinkan. Apa yang penting saya perlu siapkan dahulu di dalam kelas supaya lebih ceria barulah saya fikirkan yang diluar kelas pula. Susah juga menjadi guru prasekolah ni ye. Bukan setakat mengajar sahaja. Semua perkara yang berkait dengan prasekolah termasuk bangunannya sekali kena ambil kira. Kaidang-kadang bila difikirkan bagaimana nak menceriakan kelas saya terus jadi pening. Saya kurang mahir dalam bidang pengurusan dan keceriaan kelas. Selalunya saya akan buka internet dan cuba cari gambar-gambar kelas prasekolah yang lain dan cuba buat sedikit perubahan dengan apa yang saya cedok. Maaf la saya ni tak pandai nak reka sendiri..hehehe...

Anyway, nanti bila dah siap perubahan yang saya buat dalam kelas insyaAllah saya tampal kat sini. manalah tahu kan ada yang nak cedok ke nanti. ...:P

Thursday, December 3, 2009

HARI KONVOKESYEN PRA NURILMI 2009

Assalamualaikum,..

Agak lama juga saya tak update blog ni..talian internet kebelakangan ni agak lembap dan saya memerlukan masa yang agak panjang menunggu untuk meng'upload' gambar - gambar. Pada hari terakhir persekolahan saya telah mengambil gambar murid - murid saya seorang demi seorang untuk dijadikan kenangan. Ada beberapa orang murid yang tidak hadir pada hari tersebut. Jadi cuma yang hadir sahaja yang akan dapat gambar ini insyaallah pada hari persekolahan 2010 nanti. Di sini juga saya sertakan gambar pada Hari Konvokesyen Pra Nur Ilmi 2009.




Nur Anis Nadia Bt Adnan




Muhammad Hasbullah B. Zulkifli




Muhammad Amir B. Zulkifley




Wan Muhammad Syawal Aiman B Wan Yusri




Ahmad Ariff Mu'az B. Azman




Ahmad Razif B. Jamili




Adilah Bt Zaimi




Nur Hazwani Bt Mohd Nasir




Maryam Nur Diyanah Bt Abd Rahim




Ahmad Daniel Hakim B Ahmad Nordin




Nur Amirah Syazwana Bt Yaacob


HARI KONVOKESYEN PRA NUR ILMI 2009







Persembahan Alat Genderang Pra Nur Ilmi 2009



seramai 32 orang murid pra Nur Ilmi telah dianugerahkan sijil graduasi praskolah 2009



Pelajar Terbaik Prasekolah





Nurul Farisha, Nur Hazwani & Nur Syazawana