Friday, September 25, 2009

TEMA : MASA

Subtema : Jam, minit dan saat













Tuesday, September 22, 2009



Gaambar raya keluarga 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
MAAF ZAHIR BATIN

Saturday, September 12, 2009

Tema : Perayaan di Malaysia

Minggu ni merupakan minggu yang paling meriah..apa tidaknya..minggu depan kan dah nak raya..tema kelas saya minggu ini ialah Perayaan di Malaysia..banyak perkara yang boleh dilakukan pada minggu ini memandangkan murid-murid begitu teruja untuk beraya...
Pada minggu ini saya telah mendedahkan kepada murid-murid tentang kad raya. Sekarang sudah agak kurang kad raya di gunakan. Saya pernah mengajar murid - murid cara untuk menulis surat dan membuat sampul surat dan sekarang saya meminta mereka menyediakan sendiri sampul surat. Hampir sebahagian daripada mereka dapat menyiapkan tugasan tersebut.
Kemudian saya juga telah meminta mereka membuat kad hari raya berpandukan contoh yang diberi. Kad raya yang mereka hasilkan akan dimasukkan ke dalam sampul surat mereka. Saya meminta mereka menulis nama rakan mereka pada sampul surat tersebut. Seterusnya sampul surat tersebut di masukkan ke dalam Peti Surat Saya yang saya sediakan di sudut pintu keluar. Akhir sekali pada waktu pulang mereka akan mengambil kad raya yang rakan mereka hasilkan mengikut nama pada peti surat mereka.
Apa yang saya perhatikan di sini, kebanyakkan mereka agak kebingungan kerana mereka dikehendaki mengambil kad raya orang lain bukannya kad yang mereka hasilkan sendiri. Mungkin penerangan saya tentang tugasan tersebut kurang difahami mereka. Tapi ada juga yang faham dan mudah menerima. Bagi yang kurang faham saya terangkan kepada mereka semula bahawa kad yang mereka dapat umpama hadiah dari rakan untuk dibaca oleh mereka. Mereka amat gembira selepas mendapat kad raya masing-masing untuk dibawa ke rumah....:)





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
MAAF ZAHIR BATIN